Sony Xperia Z3 - Tetapan kamera umum

background image

Tetapan kamera umum

Mod tangkapan

Auto superior

Optimumkan tetapan anda supaya sesuai dengan apa-apa pemandangan.

Manual

Laraskan tetapan kamera secara manual.

Sound Photo

Ambil foto dengan bunyi latar belakang.

Berbilang kamera

Rakam pemandangan yang sama dari sudut berbeza pada satu skrin.

Muka dalam gambar

Ambil foto menggunakan kamera depan dan belakang pada masa yang sama.

Video 4K

Rakam video dengan definisi ultra tinggi 4K.

Timeshift video

Rakam video kadar bingkai tinggi dan gunakan kesan gerak perlahan.

Kesan AR

Ambil foto atau video dengan pemandangan dan watak maya.

Kesan kreatif

Gunakan kesan pada foto atau video.

Timeshift burst

Cari foto terbaik daripada letusan imej.

Sapuan Panorama

104

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Ambil foto bersudut luas dan panoramik.

Kaburkan ltr belakang

Kaburkan latar belakang foto anda untuk menjadikan subjek anda kelihatan lebih tajam secara

perbandingan.

Gaya potret

Ambil foto dengan gaya potret masa nyata.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara mengambil foto dengan lebih baik,

pergi ke

www.sonymobile.com/support/

.

Untuk bertukar antara mod tangkapan

1

Tekan dan tahan kekunci kamera.

2

Leret pada skrin untuk memilih mod tangkapan yang diingini.

Superior auto

Mode Superior auto mengesan keadaan di mana anda merakam dan melaraskan

tetapan secara automatik bagi memastikan anda mengambil foto terbaik yang mungkin.

Resolusi tertinggi yang disokong oleh mod Superior auto ialah 8MP. Jika anda mahu

mengambil foto dengan resolusi tertinggi, gunakan mod

Manual.

Mod manual

Gunakan Mod manual apabila anda ingin melaraskan tetapan kamera anda secara

manual untuk mengambil gambar atau video.

Kesan AR

Anda boleh menggunakan kesan AR (realiti tambahan) pada foto atau video anda dan

menjadikannya lebih menyeronokkan. Apabila menggunakan kamera, tetapan ini

membolehkan anda menyepadukan pemandangan 3D ke dalam foto atau video anda.

Hanya pilih pemandangan yang anda inginkan dan laraskan kedudukannya dalam

pemidang tilik.

Kesan kreatif

Anda boleh gunakan kesan yang berbeza pada foto dan video anda. Sebagai contoh,

anda boleh menambah kesan Nostalgia untuk membuat foto kelihatan lama atau kesan

Lakaran untuk imej yang lebih menyeronokkan.

Sweep Panorama

Anda boleh mengambil foto bersudut luas dan panoramik dari arah mendatar atau

menegak dalam gerakan tekan dan beralun yang mudah.

Untuk mengambil foto panorama

1

Aktifkan kamera.

2

Leret pada skrin untuk pergi ke

, kemudian pilih .

3

Untuk memilih arah tangkapan, ketik

.

4

Tekan kekunci kamera dan gerakkan kamera perlahan-lahan dan dengan stabil ke

arah pergerakan yang ditunjukkan pada skrin.

Timeshift burst

Kamera mengambil letusan 61 foto dalam jangka masa dua saat – satu saat sebelum

dan selepas anda mengetik butang kamera. Jadi, anda boleh kembali dan mencari imej

yang sempurna itu.

105

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menggunakan letusan Timeshift

1

Aktifkan kamera.

2

Leret pada skrin untuk pergi ke

, kemudian pilih .

3

Ambil foto. Foto yang diambil muncul dalam paparan imej kecil.

4

Tatal menerusi imej kecil dan pilih foto yang ingin disimpan, kemudian ketik .

Video anjakan masa

Anda boleh merakam video pada kadar bingkai tinggi 120 bingkai sesaat, kemudian

menggunakan kesan supaya anda boleh memainkan semula sebahagian atau seluruh

video dalam gerak perlahan.

Mod nyahfokus latar belakang

Gunakan kesan latar belakang dikaburkan pada kamera anda untuk menjadikan subjek

kelihatan lebih tajam dan lebih terang berbanding latar belakangnya. Dalam mod

Nyahfokus latar belakang, kamera mengambil dua tangkapan, mengenal pasti latar

belakang, kemudian mengaburkannya sambil mengekalkan subjek tajam dan terfokus –

seperti mengambil gambar dengan kamera SLR digital. Anda boleh memilih daripada

tiga variasi kaburan yang berbeza dan memperhalus tahap kekaburan dalam paparan

pratonton.

Face dalam gambar

Anda boleh gunakan Face dalam mod gambar untuk menghidupkan kamera hadapan

dan utama pada masa yang sama, agar anda boleh ambil gambar anda sendiri bersama

dengan subjek.

Mod berbilang kamera

Mod berbilang kamera membolehkan anda mengambil foto yang menggabungkan imej

daripada dua sudut dan peranti yang berbeza. Anda dapat melihat dua imej dalam

pemidang tilik kamera peranti anda – satu dari kamera anda sendiri dan satu lagi dari

peranti Xperia™ yang disambungkan atau kamera Sony yang menyokong teknologi NFC

dan Wi-Fi Direct™. Anda kemudiannya boleh mengedit perkara yang dilihat dalam

pemidang tilik itu sebelum mengambil foto.
Jadi, jika anda sedang menghadiri konsert, contohnya, dan mahu mengabadikan foto

yang menggabungkan kumpulan muzik dari satu sudut dan khalayak penonton dari

sudut yang lain, anda boleh menggunakan kod Berbilang kamera untuk mendapatkan

kesan yang terbaik.
Anda boleh menyediakan mod Berbilang kamera menggunakan NFC, yang melancarkan

proses memasangkan kedua-dua peranti menggunakan teknologi Wi-Fi Direct™.

Untuk menggunakan mod Berbilang kamera

1

Hidupkan fungsi NFC pada kedua-dua peranti yang ingin anda sambungkan.

2

Aktifkan kamera pada peranti anda.

3

Leret pada skrin untuk pergi ke

, kemudian pilih .

4

Pada skrin kedua-dua peranti, ketik .

5

Sentuh kawasan pengesanan NFC pada setiap peranti kepada sesama peranti.

Kedua-dua peranti kini sepatunya bersambung menggunakan teknologi Wi-Fi

Direct™.

6

Sebaik sahaja peranti bersambung, dua imej akan dipaparkan pada pemidang tilik

peranti anda – satu daripada pemidang tilik kamera anda dan satu lagi daripada

pemidang tilik peranti yang disambungkan.

7

Untuk menyunting imej dalam pemidang tilik anda, ketik

.

8

Sunting imej seperti yang diingini. Sebagai contoh, anda boleh mengetik terus

satu imej dan menyeretnya ke sebelah sisi pemidang tilik untuk mengubah

kedudukannya.

9

Apabila anda telah selesai menyunting dan bersedia untuk merakam imej

tergabung akhir, ketik

Selesai > .

106

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Memuat turun aplikasi kamera

Anda boleh memuat turun aplikasi kamera percuma atau berbayar dari Google Play™

atau lain atau sumber lain. Sebelum anda mula memuat turun, pastikan anda

mempunyai sambungan Internet yang berfungsi, lebih digalakkan melalui Wi-Fi untuk

mengehadkan caj trafik data.

Untuk memuat turun aplikasi kamera

1

Buka aplikasi kamera.

2

Leret pada skrin untuk pergi ke

, kemudian ketik .

3

Pilih aplikasi yang anda ingin muat turun dan ikut arahan untuk melengkapkan

pemasangan.

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera apabila skrin dikunci.

Lancarkan sahaja

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera semasa skrin dikunci dengan menekan dan

menahan kekunci kamera.

Lancar dan tangkap

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera dan menangkap foto secara automatik

semasa skrin dikunci dengan menekan dan menahan kekunci kamera.

Lancar dan rakam video

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera dan mula merakam video semasa skrin

dikunci dengan menekan dan menahan kekunci kamera.

Matikan

Lokasi simpanan

Tambah maklumat lokasi geografi (geotag) ke foto anda apabila anda mengambilnya.

Tangkapan sentuh

Kenal pasti kawasan fokus, kemudian sentuh skrin kamera dengan jari anda. Foto

diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda.

Bunyi

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup.

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda pada kad SD yang boleh ditanggalkan

atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

Touch Block

Anda boleh menyahdayakan skrin sentuh untuk mengelakkan sentuhan yang tidak

disengajakan semasa anda menggunakan kamera.

Imbangan putih

Tetapan ini, yang hanya tersedia dalam mod tangkapan

Manual, laraskan imbangan

warna mengikut keadaan pencahayaan. Ini turut membolehkan anda melaraskan

dedahan secara manual dalam julat -2.0 EV hingga +2.0 EV. Contohnya, anda boleh

meningkatkan kecerahan imej atau mengurangkan dedahan keseluruhan dengan

107

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

mengetik kawalan tambah atau tolak sewajarnya apabila ikon tetapan imbangan putih

dipaparkan.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Siang hari

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan keseimbangan warna untuk langit mendung.