Sony Xperia Z3 - NFC

background image

NFC

Gunakan Komunikasi Medan Dekat (Near Field Communications - NFC) untuk berkongsi

data dengan peranti lain seperti video, foto, alamat halaman web, fail muzik atau

kenalan. Anda juga boleh menggunakan NFC untuk mengimbas tag yang memberikan

anda maklumat mengenai produk atau perkhidmatan serta tag yang mengaktifkan fungsi

tertentu pada peranti anda.
NFC ialah teknologi wayarles dengan julat maksimum satu sentimeter, jadi, peranti yang

berkongsi data perlu dirapatkan. Sebelum anda boleh menggunakan NFC, anda perlu

menghidupkan fungsi NFC terlebih dahulu dan skrin peranti anda hendaklah aktif.

NFC mungkin tidak tersedia di semua negara dan/atau rantau.

Untuk menghidupkan fungsi NFC

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lagi.

3

Ketik suis hidup-mati di sebelah

NFC.

Untuk berkongsi kenalan dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Untuk melihat kenalan, pergi ke Skrin laman utama anda, ketik , kemudian ketik

.

3

Ketik kenalan yang anda ingin berkongsi.

4

Pegang peranti anda dan peranti penerima sebelah-menyebelah supaya kawasan

pengesanan NFC peranti saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, imej

kecil kenalan muncul.

5

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

6

Apabila pemindahan selesai, maklumat kenalan dipaparkan pada skrin peranti

penerima dan juga disimpan pada peranti penerima.

Untuk berkongsi fail muzik dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan bahawa peranti anda dan peranti penerima menghidupkan fungsi NFC

dan kedua-dua skrin aktif.

2

Untuk membuka aplikasi Muzik, ketik , kemudian cari dan ketik .

3

Pilih kategori muzik dan semak imbas ke trek yang anda mahu kongsi.

4

Ketik trek untuk memainkannya. Kemudiannya anda boleh mengetik untuk

menjedakan trek. Pemindahan berfungsi sama ada trek dimainkan ataupun dijeda.

5

Pegang peranti anda dan peranti penerima sandar-menyandar supaya kawasan

pengesanan NFC peranti saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, imej

kecil trek muncul.

6

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

7

Apabila pemindahan selesai, fail muzik dimainkan serta-merta pada peranti

penerima. Pada masa yang sama, fail disimpan pada peranti penerima.

Untuk berkongsi foto atau video dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Untuk melihat foto dan video dalam peranti anda, pergi ke Skrin laman utama

anda, ketik , kemudian cari dan ketik

Album .

3

Ketik foto atau video yang anda mahu kongsi.

4

Pegang peranti anda dan peranti penerima sandar-menyandar supaya kawasan

pengesanan NFC peranti saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, imej

kecil trek muncul.

5

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

6

Apabila pemindahan selesai, foto atau video dipaparkan pada skrin peranti

penerima. Pada masa yang sama, item disimpan dalam peranti penerima.

130

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk berkongsi alamat web dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Daripada Skrin laman utama anda, ketik .

3

Untuk membuka pelayar web, cari dan ketik .

4

Muatkan laman web yang anda ingin kongsikan.

5

Pegang peranti anda dan peranti penerima sandar-menyandar supaya kawasan

pengesanan NFC peranti saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, imej

kecil akan muncul.

6

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

7

Apabila pemindahan selesai, laman web dipaparkan pada skrin peranti penerima.

Mengimbas tag NFC

Peranti anda boleh mengimbas pelbagai jenis tag NFC. Sebagai contoh, ia boleh

mengimbas tag dibenam pada poster, pada iklan papan iklan atau bersebelahan produk

dalam kedai runcit. Anda boleh menerima maklumat tambahan seperti alamat web.

Untuk mengimbas tag NFC

1

Pastikan peranti anda telah menghidupkan fungsi NFC dan skrin aktif.

2

Letakkan peranti anda pada tag supaya kawasan pengesanan NFC

menyentuhnya. Peranti anda mengimbas tag dan memaparkan kandungan yang

dikumpulkan. Ketik kandungan tag untuk membukanya.

Menyambung ke peranti serasi NFC

Anda boleh menyambungkan peranti anda ke peranti serasi NFC yang lain dikeluarkan

oleh Sony, seperti speaker atau fon kepala. Apabila mewujudkan sambungan jenis ini,

rujuk panduan peranti yang serasi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anda perlu mengaktifkan Wi-Fi atau Bluetooth® pada kedua-dua peranti untuk sambungan

berfungsi.