Sony Xperia Z3 - Mencari nombor pengenalan peranti anda

background image

Mencari nombor pengenalan peranti anda

Peranti anda mempunyai nombor ID (pengenalan) yang unik. Pada peranti anda, nombor

ini dirujuk sebagai IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah

menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila

anda mengakses perkhidmatan sokongan Xperia™ Care dan perlu mendaftarkan peranti

anda. Selain itu, jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh

menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian

dalam negara anda.

Untuk melihat nombor IMEI anda

1

Tanggalkan penutup slot kad SD.

2

Menggunakan hujung mata pen atau alat lain yang serupa, tekan kad ingatan ke

dalam dan kemudian lepaskannya dengan cepat.

3

Tarik kad ingatan ke luar untuk mengeluarkan sepenuhnya.

4

Masukkan kuku jari atau objek tajam seperti pen ke dalam lubang dalam bekas

label, kemudian seret bekas ke luar untuk melihat nombor IMEI anda.

Untuk melihat nombor IMEI, anda juga boleh membuka pendail telefon pada peranti anda dan

masukkan

*#06#

.

Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.