Mengunci dan membuka kunci skrin
Apabila peranti anda dihidupkan dan dibiarkan melahu untuk satu jangka masa yang
ditetapkan, skrin menjadi gelap untuk menjimatkan kuasa bateri dan dikunci secara
automatik. Kunci ini menghalang tindakan tidak diingini pada skrin sentuh semasa anda
tidak menggunakannya. Apabila anda membeli peranti anda, kunci leret skrin asas telah
ditetapkan. Ini bermakna anda telah meleret ke atas pada skrin untuk membuka
kuncinya. Anda boleh menukar tetapan keselamatan kemudian dan menambahkan kunci
jenis lain. Lihat
Kunci skrin
pada halaman 13.
Untuk mengaktifkan skrin
•
Tekan kekunci dengan sekejap .
Untuk mengunci skrin
•
Apabila skrin aktif, tekan kekunci kuasa sebentar.