Membuat panggilan
Anda boleh membuat panggilan dengan mendail nombor telefon secara manual, dengan
mengetik nombor yang disimpan dalam senarai kenalan anda atau dengan mengetik
nombor telefon dalam paparan log panggilan anda. Anda juga boleh menggunakan
fungsi dail pintar untuk mencari nombor daripada senarai kenalan dan log panggilan
anda dengan memasukkan sebahagian nombor kenalan atau nama dan memilih
daripada cadangan yang muncul. Untuk membuat panggilan video, anda boleh
menggunakan aplikasi pemesejan segera dan sembang video Hangouts™ pada peranti
anda. Lihat
Pemesejan segera dan chat video
pada halaman 90.
1
Lihat lebih banyak pilihan
2
Padamkan nombor
3
Pad dail
4
Butang panggilan
Untuk membuka pad dail
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik .
3
Jika pad dail tidak muncul, ketik .
Untuk mendail nombor telefon
1
Buka pad dail.
2
Masukkan nombor telefon, kemudian ketik .
Untuk memadam nombor yang tersalah masuk, ketik
.
Untuk membuat panggilan menggunakan fungsi dail pintar
1
Buka pad dail.
2
Masukkan huruf atau nombor yang sepadan dengan kenalan yang anda ingin
panggil. Senarai kemungkinan padanan kelihatan apabila anda memasukkan
setiap huruf atau nombor.
3
Ketik pada kenalan yang anda mahu panggil.
Untuk membuat panggilan antarabangsa
1
Buka pad dail.
2
Sentuh terus 0 sehingga tanda “+” kelihatan.
3
Masukkan kod negara, kod kawasan (tanpa sifar permulaan) dan nombor telefon,
kemudian ketik .
73
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menambahkan nombor dail terus ke skrin Laman Utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada Skrin laman utama anda sehingga peranti
bergetar dan menu penyesuaian kelihatan.
2
Dalam menu penyesuaian, ketik
Widget > Jalan pintas.
3
Tatal senarai aplikasi dan pilih
Dail terus.
4
Pilih kenalan dan nombor yang hendak digunakan sebagai nombor dail terus.
Menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
pada peranti penerima panggilan apabila anda menghubungi mereka.
Untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
1
Dari Skrin laman utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan > Tetapan tambahan > ID Pemanggil.