Maklumat undang-undang
Sony D6603/D6653
Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Sony Mobile Communications Inc. atau syarikat bersekutu tempatannya,
tanpa sebarang waranti. Penambahbaikan dan perubahan pada Panduan pengguna ini yang disebabkan oleh
kesilapan tipografi, maklumat semasa yang tidak tepat atau penambahbaikan program dan/atau peralatan, boleh
dilakukan oleh Sony Mobile Communications Inc. pada bila-bila masa sahaja dan tanpa notis. Walau
bagaimanapun, perubahan tersebut akan disatukan ke dalam edisi baru Panduan pengguna ini. Semua ilustrasi
adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan peranti sebenar dengan tepat.
Semua nama produk dan nama syarikat yang dinyatakan di sini merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan
berdaftar pemiliknya masing-masing. Semua tanda dagangan lain merupakan hak milik pemiliknya masing-masing.
Mana-mana hak yang tidak diberikan secara nyata dalam buku panduan ini adalah terpelihara. Lawati
www.sonymobile.com/us/legal/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Panduan pengguna ini boleh merujuk perkhidmatan atau aplikasi yang disediakan oleh pihak ketiga. Penggunaan
pengaturcaraan atau perkhidmatan sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran yang berasingan dengan
pembekal pihak ketiga dan mungkin tertakluk pada terma penggunaan tambahan. Bagi aplikasi yang diakses pada
atau melalui tapak web pihak ketiga, sila semak dahulu terma penggunaan dan dasar privasi yang dikenakan oleh
tapak web sedemikian. Sony tidak menjamin ketersediaan atau prestasi sebarang tapak web pihak ketiga atau
perkhidmatan yang ditawarkan.
Peranti mudah alih anda berkeupayaan untuk memuat turun, menyimpan dan menghantar semula kandungan
tambahan, sebagai contoh, nada dering. Penggunaan kandungan tersebut mungkin disekat atau dilarang oleh hak
pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sekatan di bawah undang-undang hak cipta yang diguna pakai.
Anda, dan bukannya Sony, bertanggungjawab sepenuhnya bagi kandungan tambahan yang anda muat turun atau
hantar semula dari peranti mudah alih anda. Sebelum anda menggunakan sebarang kandungan tambahan, sila
sahkan bahawa penggunaan yang anda hasratkan dilesenkan sewajarnya atau dibenarkan. Sony tidak menjamin
ketepatan, integriti atau kualiti apa-apa kandungan tambahan atau apa-apa kandungan pihak ketiga yang lain.
Dalam apa keadaan sekalipun, Sony tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap penggunaan tidak wajar
kandungan tambahan atau kandungan lain pihak ketiga yang anda lakukan.
Lawati
www.sonymobile.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Produk ini dilindungi oleh hak harta intelektual tertentu Microsoft. Penggunaan atau pengedaran teknologi
sedemikian di luar produk ini dilarang tanpa lesen daripada Microsoft.
Pemilik kandungan menggunakan teknologi pengurusan hak digital Windows Media (WMDRM) untuk melindungi
hak milik intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan perisian WMDRM untuk mengakses
kandungan yang dilindungi WMDRM. Jika perisian WMDRM gagal melindungi kandungan, pemilik kandungan
boleh meminta Microsoft untuk membatalkan keupayaan perisian untuk menggunakan WMDRM untuk memainkan
atau menyalin kandungan yang dilindungi. Pembatalan tidak memberi kesan pada kandungan yang tidak dilindungi.
Apabila anda memuat turun lesen untuk kandungan yang dilindungi, anda bersetuju bahawa Microsoft boleh
memasukkan senarai pembatalan dengan lesen. Pemilik kandungan mungkin menghendaki anda menaik taraf
WMDRM untuk mengakses kandungan mereka. Jika anda menolak penaikan taraf, anda tidak akan dapat
mengakses kandungan yang memerlukan naik taraf tersebut.
Produk ini dilesenkan di bawah visual MPEG-4 dan lesen portfolio paten AVC untuk penggunaan peribadi dan
bukan komersil pengguna untuk (i) pengekodan video yang mematuhi standard visual MPEG-4 ("video MPEG-4")
atau standard AVC ("video AVC") dan/atau (ii) penyahkodan MPEG-4 atau video AVC yang dikodkan oleh pengguna
yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersil dan/atau telah mendapatkannya daripada pembekal video
yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan MPEG-4 dan/atau video AVC. Tiada lesen diberikan atau
boleh dikenakan secara tersirat untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan
dengan penggunaan dan pelesenan untuk promosi, dalaman dan komersil boleh diperoleh daripada MPEG LA,
L.L.C. Lihat
www.mpegla.com. Teknologi pengekodan audio MPEG Layer 3 dilesenkan daripada Fraunhover IIS
dan Thomson.
SONY MOBILE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN, PEMADAMAN DAN/
ATAU PENULISAN GANTI DATA PERIBADI ATAU FAIL YANG DISIMPAN PADA PERANTI ANDA (TERMASUK
TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KENALAN, TREK MUZIK DAN GAMBAR) YANG TIMBUL DARIPADA SEBARANG
KEMAS KINI PERANTI MELALUI SEBARANG KAEDAH YANG DITERANGKAN DALAM PANDUAN PENGGUNA
DAN DOKUMEN INI. DALAM APA JUGA KEADAAN, JUMLAH LIABILITI SONY MOBILE ATAU PEMBEKALNYA
TERHADAP ANDA UNTUK SEBARANG DAN SEMUA KEROSAKAN, KEHILANGAN DAN PUNCA TINDAKAN
(SAMA ADA DALAM KONTRAK ATAU TORT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KECUAIAN ATAU
SEBALIKNYA) ADALAH TIDAK MELEBIHI AMAUN SEBENAR YANG ANDA BAYAR UNTUK PERANTI ANDA.
© 2015 Sony Mobile Communications Inc.
Hak cipta terpelihara.
149
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.