Sony Xperia Z3 - Pembatalan hingar

background image

Pembatalan hingar

Peranti anda menyokong headset pembatalan hingar. Dengan menggunakan headset

pembatalan hingar dengan peranti anda, anda boleh mendapat kualiti audio yang lebih

jelas, contohnya, apabila mendengar muzik dalam suasana bising, seperti di dalam bas,

keretapi atau kapal terbang. Anda juga boleh menggunakan ciri ini untuk mencipta

suasana sunyi untuk belajar, bekerja atau membaca.

Untuk memastikan prestasi optimum, headset pembatalan hingar daripada Sony disyorkan.

64

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menggunakan headset pembatalan hingar

1

Sambungkan headset pembatalan hingar ke peranti anda.

2

Dari skrin Utama anda, ketik >

Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Tetapan

aksesori > Pembatalan hingar, kemudian seret penggelangsar di sebelah

Pembatalan hingar ke kanan.

3

Jika anda mahu

Pembatalan hingar didayakan hanya semasa ulang main muzik

atau video atau apabila skrin aktif, seret penggelangsar di sebelah

Mod jimat

kuasa ke kanan.

4

Jika anda mahu

Pembatalan hingar didayakan selama mana headset

disambungkan, seret penggelangsar di sebelah

Mod jimat kuasa ke kiri.

Headset pembatalan hingar mungkin tidak disertakan dengan peranti anda semasa pembelian.

Untuk melaraskan tetapan kepada persekitaran hingar

1

Pastikan headset pembatalan hingar disambungkan ke peranti anda.

2

Dari skrin Utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Tetapan aksesori

>

Pembatalan hingar > Persekitaran hingar.

4

Pilih jenis persekitaran hingar berkaitan, kemudian ketik

OK.