Tetapan aplikasi
Sesetengah aplikasi akan meminta kebenaran sebaik sahaja anda mula
menggunakannya. Anda boleh membenarkan atau menolak permintaan secara individu
untuk setiap aplikasi, sama ada dari menu Tetapan atau dari dialog pengesahan
Kebenaran. Keperluan kebenaran bergantung pada reka bentuk aplikasi.
Membenarkan atau menolak permintaan
Anda boleh memilih sama ada untuk membenarkan atau menolak kebenaran apabila
dialog dipaparkan. Jika anda mempunyai versi Android lain sebelum ini, kebanyakan
aplikasi telah diberikan kebenaran yang diperlukan.
Untuk membenarkan kebenaran
1
Untuk membenarkan kebenaran, ketik
Benarkan.
2
Apabila dialog pengesahan muncul untuk kali kedua, anda boleh memilih pilihan
Jangan tanya lagi jika anda mahu.
3
Satu dialog akan menerangkan mengapa aplikasi tersebut memerlukan kebenaran
dan kegunaannya secara khusus. Untuk menolak dialog ini, ketik
OK.
Untuk menolak kebenaran
•
Untuk menolak kebenaran, ketik
Tolak apabila dialog dipaparkan.
Sesetengah aplikasi masih boleh digunakan walaupun anda telah menolak kebenarannya.
Kebenaran kritikal
Sesetengah kebenaran adalah wajib agar aplikasi berfungsi dengan betul. Dalam kes
demikian, satu dialog akan memaklumkan anda.
Untuk membenarkan kebenaran kritikal
1
Untuk membenarkan kebenaran, ketik
Teruskan > Maklumat aplikasi >
Kebenaran.
2
Cari kebenaran kritikal yang anda perlukan.
3
Seret gelangsar ke arah kanan.
Anda juga boleh menguruskan kebenaran dalam
Tetapan > Aplikasi. Ketik satu aplikasi dan
ubah kebenaran seperti yang diingini.
Untuk mengkonfigurasi aplikasi
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi > .
3
Selepas memilih pilihan konfigurasi, sebagai contoh
Kebenaran aplikasi,
kemudian pilih satu aplikasi yang anda ingin konfigurasikan.
Pautan aplikasi
Peranti anda boleh menentukan aplikasi lalai untuk menguruskan pautan web tertentu.
Ini bermaksud jika pautan itu telah ditetapkan, anda tidak perlu memilih aplikasi setiap
kali anda membuat pautan. Anda boleh mengubah aplikasi lalai pada bila-bila masa anda
inginkan.
61
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengurus pautan aplikasi dari menu Tetapan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi.
3
Ketik dan cari
Pautan apl.
4
Pilih aplikasi yang ingin anda tetapkan dengan pautan yang disokong.
5
Tetapkan sifat
Pautan apl ke pilihan Buka dalam apl ini.